Monday, February 7, 2011

love..is nothingg

TIADA LAGI UNTUK ESOK”
Cerita yang mengisahkan kehidupan seorang gadis iaitu Nina yang tidak pernah gembira dengan kehidupan keluarganya yang porak peranda akibat perpecah-belahan keluarga sejak kematian ayahnya dan kisah percintaan antara aiman , hafiz dengan Nina. Akan tetapi hidup gadis itu berubah dengan munculnya seorang lelaki yang bernama Aiman.
Aiman adalah seorang pemuda yang berusia lingkungan 27tahun. Dia menghidap penyakit jantung berlubang sejak 3 tahun lalu dan tidak mempunyai peluang untuk hidup oleh kerana tiada penderma jantung untuk menggantikan jantungnya. Selain itu,Aiman seorang yang periang,penyabar serta mampu menyembunyikan perasaan.
Kisah ini bermula sewaktu nina masih menuntut di institut pengajian tinggi. Nina mempunyai kawan rapat lelaki iaitu Hafiz yang sering bersama ketika di kolej. Hafiz adalah kawan terbaik bagi nina sebelum munculnya aiman. Walaubagaimanapun, hafiz seorang yang kaki perempuan oleh sebab itu nina kurang mempercayai hafiz dalam hubungan percintaan dan mereka hanya menjalinkan hubungan persahabatan sahaja.
Hidup nina tidak tenteram akibat perpecah belahan keluarganya yang semakin goyah. Ibu nina sering bergaduh dengan emak mertuanya atas sebab keduanya ego dan tidak mahu mengalah.
Sehingga munculnya aiman sebagai jiran di kawasan perumahan mereka. Sejak hari kedatangan aiman, satu perubahan yang agak besar telah dilakukan oleh aiman ibarat sinar matahari terbit dari timur yang menyerlah cahayanya. Di samping itu, nina telah memperkenalkan haifz kepada aiman dan mereka berdua berkawan rapat. setelah sekian lama berkawan,Aiman Berjaya membawa kegembiraan kepada keluarga nina yang sering bergaduh kini menjadi aman dan damai. Nina juga berubah menjadi seorang yang periang dan mampu tersenyum sehingga timbul suatu perasaan cinta terhadap aiman.

Pada suatu hari, hafiz ingin meluahkan rasa cinta kepada nina dan telah mendapat sokongan penuh daripada aiman akan tetapi nina hanya menyintai aiman. Hati hafiz begitu kecewa sehingga telah mengabaikan hidup dirinya sendiri. Dalam masa yang sama, nina berjumpa dengan aiman untuk melafazkan hasrat hatinya. Setibanya nina di rumah aiman dan ingin menyatakan cintanya, nina terpandang gambar aiman bersama seorang perempuannya dan nina bertanya kepada aiman, siapa gadis itu,aiman menjawab gadis itu adalah isterinya. Hati nina hancur berkecai dan sukar melupakan aiman , walhal aiman belum berkahwin dan menyintai nina pada pandang pertama.
Di sebaliknya,aiman ingin menyatukan hafiz dengan nina. Rakannya itu terlalu menyukai nina. Maka bermulalah agenda aiman untuk menyatukan nina dan hafiz.Di samping itu , Aiman terpaksa membuat rawatan susulan di hospital kerana menghidap masalah jantung berlubang dan tidak berpeluang untuk sembuh kerana penyakitnya itu berada pada tahap kritikal. Selang beberapa hari ,nina telah mengetahui rancangan aiman dan hafiz untuk memikat nina setelah terdengar perbualan mereka dan disitulah aiman berterus terang tentang hasrat hati hafiz kepada nina.


Ketika majlis pertunangan hafiz dan nina . sewaktu dalam perjalanan kerumah Nina , Aiman secara tiba-tiba jatuh pengsan dan telah dimasukkan ke hospital .Hal ini tidak diketahui oleh Nina dan Hafiz . keesokan harinya,sewaktu hafiz dan nina sedang membeli belah , mereka terserempak dengan rakan perempuan aiman yang dikatakan isterinya, setelah penjelasan diberikan oleh perempuan tersebut ,barulah mereka mengetahui bahawa aiman telah menipu mengenai perkahwinanya, mereka juga menyedari bahawa aiman menghidap penyakit jantung berlubang dan peluangnya untuk pulih adalah tipis sekali . Hafiz dan nina begitu tersentak dan mereka sedih atas pengorbanan yang dilakukan oleh aiman demi kebahagiaan kawan-kawannya .
Aiman mengharapkan supaya hafiz menjaga nina dengan baik. Selepas Nina dan hafiz selamat diijab Kabulkan .dan aiman pun pergi buat selama-lamanya dan mereka hidup bahagia.

written by: azim:)

No comments:

Post a Comment